fb fb fb fb fb

UiTM kekalkan Fakulti MassComm

KUALA LUMPUR, 6 Januari- Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) setuju membatalkan penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Medianya (FKPM) dengan dua fakulti lain.

Fakulti yang dikenali sebagai MassComm itu akan kekal sebagai fakulti tunggal.

Menurut Presiden Alumni FKPM; Basree Rakijan perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UiTM; Prof Dr Datuk Roziah Mohd Janor dalam satu pertemuan pada Khamis.

Bagaimanapun, Institusi itu memaklumkan proses pembatalan memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini memutuskan agar UiTM menukar nama gabungan fakulti kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik atau melakukan penstrukturan semula dengan mengekalkan FKPM seperti sebelum ini.

Pada Oktober lepas, satu siri bantahan diadakan Alumni MassComm susulan berita penggabungan fakulti yang dinamakan sebagai Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

(Foto hiasan)

Media Baharu