fb fb fb fb fb

UIAM jalin kerjasama dengan Hospital Aspetar

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menandatangani MoU dengan Aspetar Orthopaedic and Sports Medicine Hospital, Qatar

SELANGOR, 18 September- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjalin kerjasama strategik menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Aspetar Orthopaedic and Sports Medicine Hospital, Qatar.

Jalinan kerjasama kedua-dua institusi itu dilihat akan akan meneroka peluang dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, program pertukaran staf serta penganjuran persidangan dan seminar dalam bidang sains sukan.

Pengarah Hospital Sultan Ahmad Shah Medical Centre (IIUM) Profesor Dato' Dr. Mohamed Saufi Awang berkata, kerjasama strategik ini juga bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi dalam bidang perubatan sukan dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan di UIAM.

"Dengan adanya MoU ini, maka kita boleh menjadikan ia sebagai satu platform landasan untuk kita bergerak dari segi latihan, kajian, penyelidikan dan sebagainya bagi pihak-pihak kami di ISMEC ini untuk turut maju ke hadapan dalam bidang sains sukan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Aspetar Dr. Abdulaziz Jaham Alkuwari berkata, melalui MoU itu ia dapat menggabungkan penyelidikan kolaboratif serta memperkayakan landskap akademik dan profesional negara itu, pada masa yang sama menyumbang secara signifikan kepada kemajuan perubatan sukan di peringkat global.

"Kami amat bergembira dan berbangga dengan menandatangani MoU dengan kedua-dua organisasi hebat ini. Kami percaya bahawa di hospital adalah cara untuk berkongsi ilmu dan mempunyai kerjasama MoU dengan universiti terbesar di seluruh dunia," katanya.

Majlis menadatangani MoU berkenaan turut dihadiri oleh Duta Besar Qatar TYT Salah Mohammed Abdullh Busiol Al-Sorour.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI