BEIJING, 7 November- Lebih 5,100 peluang pengajian peringkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ditawarkan kepada rakyat Malaysia melalui 114 institusi kemahiran di China.
Tawaran itu adalah hasil hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.
Kerjasama itu juga merupakan antara perkara yang dipersetujui dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan rakan sejawatnya, Li Qiang.
"Kesediaan membantu dalam pelbagai permintaan kita, termasuk soal kerangka pembasmian kemiskinan, soal peluang bantuan pendidikan, soal 5,100 tempat TVET untuk peringkat kemahiran tinggi, serta kerjasama silang budaya.
"Semua ini adalah kesempatan yang kita sampaikan semasa pertemuan dua hala dengan presiden," katanya dalam sidang media di sini.
BERITA BERKAITAN:
- Anwar rasmi Pavilion Malaysia di Shanghai
- Anwar lakukan lawatan kerja empat hari ke China
- Anwar hadir di CIIE, Malaysia diberi penghormatan 'Country of Honour'