fb fb fb fb fb

Turkiye rancang lancar Turkovac di Malaysia

ANKARA, 8 Julai - Turkiye merancang untuk melancarkan vaksin domestik dan nasional, Turkovac, di Malaysia.

Menurut Presiden Recep, Tayyip Erdogan usaha tersebut untuk memindahkan teknologi vaksin dan menjalankan kajian pembangunan vaksin secara bersama.

Presiden Erdogan menjelaskan, Malaysia merupakan pemegang kepentingan komersial terbesar republik itu di rantau ASEAN.

Di sebalik pandemik COVID19, jumlah dagangan kedua-dua negara meningkat sebanyak 50 peratus tahun lepas, melebihi paras AS$3.5 bilion.

Angka untuk enam bulan pertama tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang berterusan.


(Foto hiasan)

Momentum semasa menunjukkan bahawa Malaysia-Turkiye akan mencapai sasaran volum dagangan sebanyak AS$5 bilion, yang ditetapkan untuk tahun 2024.

Presiden Erdogan berkata, atas cadangan Perdana Menteri kedua-dua pemimpin memutuskan untuk meningkatkan hubungan antara negara daripada perkongsian strategik kepada perkongsian strategik yang komprehensif.

Usaha tersebut menjadi petanda baharu terhadap hubungan luar biasa yang telah dicapai.

Media Baharu