fb fb fb fb fb

Kerjasama Malaysia-Turkiye pastikan rantaian bekalan makanan cukup dan stabil

ANKARA, 8 Julai - Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden, di sini.

Malaysia dan Türkiye akan meningkatkan perdagangan produk makanan dan akan terus menjalinkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat serta pengalaman.

"Pada masa sama, Malaysia dan Türkiye akan memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan, bagi meningkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan dan kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabil. Kerjasama strategik Malaysıa-Turkiye ini merupakan langkah signıfıkan kedua-dua negara dalam menyokong usaha masyarakat antarabangsa ke arah membina ketahanan rantaian bekalan makanan global," kata Ismail semalam.

Kedua-dua pemimpin bersetuju kerjasama Kuala Lumpur - Ankara ditingkatkan ke tahap perkongsıan strategik komprehensif.

(Perdana Menteri di Ankara)

"Ini memandangkan skop kerjasama telah berkembang meliputi pelbagaı sektor seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan makanan, pelancongan, perbankan Islam dan industrı pertahanan. Kerjasama ini akan terus dikembangkan untuk manfaat bersama," katanya lagi.

Sementara itu, aspek perdagangan turut disentuh.

Kedua-dua negara kini berada dalam pusingan akhir perluasan skop Perjanjıan Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang meliputi bidang-bıdang baharu seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang.

Mengenai isu Palestin, Malaysia dan Turkiye sependapat berhubung sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin.

Malaysia menghargai pendirian dan usaha Turkiye dalam membela rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Erdogan atas penerimaan permohonan pertukaran nama Turki kepada Turkiye yang telah diitiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan lalu.

Media Baharu