fb fb fb fb fb

JPJ Terengganu tumpu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bas ekspres

KUALA TERENGGANU, 8 Julai - Sepanjang musim perayaan ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu memberi tumpuan khusus terhadap penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bas ekspres.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha JPJ dalam usaha mengurangkan kes kemalangan terutama melibatkan statistik kematian.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidiladha kali ini bermula 7 hingga 8 Julai dan selepas raya pada 12 hingga 13 Julai, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Kerjasama itu bagi mengesan jika ada berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu bas.

(Zulkarnain bercakap kepada media selepas mengadakan Operasi Khas Hari Raya Aidiladha 2022
Peringkat JPJ Negeri Terengganu di Hentian Bas Majlis Bandar Raya di sini)

"Untuk kali ni kita periksa sepenuhnya pemandu-pemandu, kedua kita akan buat pemeriksaan air kencing. Ini berbeza dengan sebelumnya, yang mana sebelum ini kita periksa secara rawak. Kali ini semua tidak terkecuali," kata Zulkarnain di sini.

Sepanjang musim perayaan ini pihaknya turut menggerakkan unit penguatkuasaan bermotosikal bagi memastikan kelancaran trafik ketika perayaan.

Pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-pemandu yang dikesan melakukan kesalahan jalan raya.

Media Baharu