fb fb fb fb fb

Tuntutan harta RM2 bilion oleh balu Jamaludin Jarjis ditangguhkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Prosiding tuntutan harta sepencarian kira-kira RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis, Puan Seri Dr Kalsom Ismail, terhadap empat anak dan ibu mentuanya di Mahkamah Tinggi Syariah ditangguhkan.

Perkara itu susulan perintah Mahkamah Rayuan Syariah pada 24 November tahun lalu memutuskan prosiding itu ditunda sementara menunggu semakan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memutuskan kes itu perlu diteruskan dengan perbicaraan.

Peguam Syarie, Nur Hidayah Bakar yang mewakili ibu Jamaludin selaku defendan kelima, Aminah Abdullah berkata, Kalsom, memfailkan permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober tahun lalu.

"Semakan dibuat kerana ada persetujuan penyelesaian membabitkan tuntutan harta itu daripada kesemua pihak," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Abdul Shukor Abd Hamid di sini.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan status semakan terbabit.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI