fb fb fb fb fb

Kehadiran pelancong asing diunjur mencecah 24 juta tahun ini

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar

SEPANG, 10 Januari- Jumlah kehadiran pelancong asing tahun ini diunjur mencecah sekurang-kurangnya 24 juta.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, sasaran itu berdasarkan pemulihan menggalakkan dalam sektor pelancongan dan penerbangan, didorong kemasukan lebih banyak penerbangan antarabangsa ke negara ini.

"Seperti yang diberitahu bahawa ini bukan satu-satunya penerbangan antarabangsa yang datang pada tahun ini, terdapat banyak lagi penerbangan dan masih dalam perbincangan.

"Sudah pasti usaha untuk membawa laluan baharu yang lebih kerap dan sudah tentu penerbangan sewa adalah salah satu elemen yang diberi perhatian", katanya dalam sidang media  Majlis Sambutan Penerbangan Sulung Air Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Jelasnya, operasi syarikat penerbangan baharu itu akan memperkukuh hubungan kedua negara melalui jalinan udara, sekali gus membuka potensi laluan baharu dari lapangan terbang domestik lain di negara ini.

Air Macau akan mengendalikan empat penerbangan seminggu bagi laluan Macau-Kuala Lumpur menggunakan pesawat Airbus 320.

ROSLINA BINTI DIN