fb fb fb fb fb

Tunku Puteri Johor rasmi JSCF 2023

JOHOR BAHRU, 12 Jun - Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Johor Smart City Forum (JSCF) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru.

Forum berkenaan diadakan bagi mempromosi agenda Bandar Pintar Johor menjelang 2030 serta meningkatkan kesedaran terhadap perbandaran pintar selaras dengan visi Johor Maju 2030. 

Pelbagai program diadakan sepanjang tiga hari program itu berlangsung, termasuk Majlis Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Johor 2030, Pelan Tindakan Bandar Pintar Pengerang 2030 dan sesi penyampaian Inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan Pintar (PBT).

(Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim)

Seramai 78 pakar dari seluruh negara yang melibatkan industri berkaitan akan mengadakan lebih 25 sesi forum yang mengupas idea-idea baharu bandar pintar untuk pelaksanaannya di Johor.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani serta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Media Baharu