fb fb fb fb fb

Tunku Mahkota Kedah berkenan berangkat melawat Ladang Solar Terapung Danau Tok Uban

Foto RTM

PASIR MAS, 29 Januari - Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin hari ini perkenan berangkat ke Ladang Solar Terapung Danau Tok Uban, di Pasir Mas, Kelantan.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sembah taklimat dan penerangan dan pembentangan projek oleh pihak pengurusan Cypark Resources Berhad.
 
Tunku Mahkota Kedah seterusnya turut berkenan berangkat menaiki bot bersama tetamu kenamaan lain bagi meninjau secara lebih dekat pulau solar yang terdiri daripada lebih 247,000 panel solar dan 247,000 pelampung.
 
Usai lawatan, baginda turut menerima cendera kenangan dan merakamkan potret bersama tetamu-tetamu lain sebelum berangkat pulang.
 
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah iaitu Mohamad Yusoff Zakaria dan Dr. Haim Hilman Abdullah; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Mohd Shahadan Abdullah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD