fb fb fb fb fb

Tunjuk perbuatan lucah, dua lelaki warga asing didenda RM10,000

Foto Hiasan

KOTA TINGGI, 7 Oktober- Dua lelaki warga asing didenda RM10,000 kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam. 

Majistret Kota Tinggi, Nurkhalida Farhana Abu Bakar turut memerintahkan mereka dipenjara sebulan, sekiranya gagal membayar denda.

Hukuman itu diputuskan sejurus tertuduh, warga India, Satyanarayana Prasad Papol dan warga Taiwan, Arthur Wang mengaku bersalah.

Pada Ahad, dua lagi individu ditahan, disyaki terlibat dalam insiden berpakaian tidak senonoh bersempena Larian Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata tangkapan terbaharu itu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun.

Sementara itu, seorang lagi lelaki warga asing, 49 tahun ditahan di sebuah penginapan di Desaru, Kota Tinggi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM