fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, rekod penurunan penduduk terjejas

Foto Hiasan

IPOH, 8 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak menunjukkan penurunan mangsa kepada 298 orang berbanding 304 orang, setakat pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan seramai sembilan penduduk yang di tempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, daerah Hilir Perak telah dibenarkan pulang ke kediaman.

PPS itu menempatkan 131 penduduk daripada 36 keluarga.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman di daerah Kerian mencatatkan 120 orang penduduk melibatkan 34 keluarga.

Sementara itu, di PPS SK Matang, jumlah mangsa banjir kekal seramai 47 penduduk daripada 14 keluarga. 

Ketika ini, pemantauan masih diteruskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan-kawasan berisiko banjir.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM