fb fb fb fb fb

Tun Mahathir dibenar keluar IJN selepas 4 hari rawatan

(Tun Dr Mahathir Mohamad)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini, semalam.

Tun Mahathir, 98, dirawat di pusat kesihatan itu selama empat hari sejak Selasa lalu untuk 'pemerhatian', menurut pembantu rapat beliau kepada AFP.

"Ya, Tun Mahathir telah keluar dari hospital," katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Khamis lalu, seorang lagi pegawai yang rapat dengan beliau memaklumkan bahawa Tun Mahathir sedang dirawat kerana jangkitan.

Tun Mahathir mengalami beberapa masalah jantung sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk sekurang-kurangnya dua serangan jantung dan telah menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan pintasan jantung.

Beliau juga dimasukkan ke hospital pada Disember 2021 dan Januari 2022 selama beberapa hari bagi menjalani pemeriksaan kesihatan. -AFP

(Tun Dr Mahathir Mohamad di IJN menerusi muat naik status di media sosial
beliau pada Khamis lalu)

Berita berkaitan:
Dr Mahathir terima rawatan di IJN sejak Selasa

Media Baharu