fb fb fb fb fb

Tun M ucap tahniah, selamat maju jaya kepada Anwar

(Tangkap layar Twitter @chedetoffial)

KUALA LUMPUR, 25 November- Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

Dalam perkongsian di Twitter, Mahathir turut menyatakan selamat maju jaya kepada Anwar.

"Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Ke-10. Selamat maju jaya," katanya.

Ucapan itu menyusul sehari selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

(Mahathir Mohamad)

Media Baharu