KUCHING, 12 Jun- Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan di Astana Negeri, hari ini.
Dalam pertemuan itu, Edgard D. Kagan mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi atas perlantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.
Turut dibincangkan, perkara-perkara penting di negeri itu, termasuk pembangunan ekonomi dan kemakmuran Sarawak.
“Kami ada perbincangan yang bagus mengenai hubungan AS-Malaysia, juga hubungan antara AS dengan orang-orang Sarawak, saya berpendapat Yang di-Pertua Negeri memberi gambaran baik mengenai perkara yang berlaku di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas kunjung hormat berkenaan yang berlangsung kira-kira 30 minit di Astana Negeri, Kuching.