FOTO FB DR. MAHATHIR MOHAMAD
KUALA LUMPUR, 5 Februari - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 pagi hari ini.
IJN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata Dr Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan dan dibenarkan keluar hari ini dan beliau akan pulih di rumah.
“Tun Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua orang atas keprihatinan dan doa mereka semasa Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.
Semalam, media melaporkan Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Feb lepas, tetapi perlu kembali ke institut itu untuk fisioterapi dan rawatan lanjut.