fb fb fb fb fb

Harimau di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highland


IPOH, 5 Februari - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat dakwaan kehadiran seekor harimau belang di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan dari Unit Harimau ke lokasi berkenaan untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima video mengenai kehadiran harimau itu kira-kira pukul 10 malam tadi.

Sebelum ini tular video seekor harimau belang kelihatan berjalan di celahan semak samun di kawasan berbukit.

Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu lokasi kawasan dikatakan berhampiran restoran di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands.

 

Media Baharu