GEORGE TOWN, 22 Julai – Dua pemandu kereta dan lima penunggang motosikal cedera dalam kemalangan di Jalan Masjid Negeri di sini, akibat jalan licin berpunca daripada tumpahan minyak diesel.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Mohd Azmiza Mustafa berkata, pasukan bomba menerima panggilan pada pukul 3.40 petang.
"Kemalangan membabitkan dua kereta dan lima motosikal.
Penunggang motosikal terjatuh akibat jalan licin, dipercayai berpunca daripada lori yang membawa diesel seludup," katanya.
Lori berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk tindakan lanjut.
Mohd Azmiza berkata, Jalan Masjid Negeri menghala ke Jambatan Pulau Pinang dan Gelugor ditutup sementara sepanjang operasi pembersihan dilakukan.