fb fb fb fb fb

Tularkan individu buang sampah sesuka hati, langkah didik masyarakat

(Foto hiasan/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 3 Ogos- Masyarakat diminta berkongsi gambar atau menularkan mana-mana individu atau pihak yang sesuka hati membuang sampah sama ada dari dalam kenderaan atau di mana-mana kawasan.

Gesaan itu dibuat sebagai langkah untuk mendidik dan mengikis budaya suka membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan kebersihan alam sekitar.

Menurut Pengerusi SW Corp, Datuk Rizalman Mokhtar, sikap sesetengah individu yang cenderung membuang sampah harus diubah dengan sepatutnya mereka berasa malu
untuk membuang sampah sesuka hati.

"Mereka yang membuang sampah sesuka hati akan mula berhati-hati ataupun merasa malu. Kalau kita lihat sekarang ini ada "dash cam" (kamera papan pemuka) dalam kereta. Mereka yang nak memotong (kenderaan) di laluan kecemasan pun sudah jadi takut. Sekarang ini "dash cam" juga boleh digunakan.

"Kalau ambil gambar orang yang buang sampah dari kereta, kalau nampak 'viralkan' jadi bila macam tu nanti semua orang akan jadi berhati-hati akhirnya lebih berdisiplin, katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Pekerja Pembersihan dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bandar Datuk Onn," di sini.

Ketika ini, jumlah pekerja pembersihan adalah seramai 27,412 dan daripada jumlah itu 26.77% atau 7,339 adalah pekerja asing melibatkan tiga syarikat konsesi di tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta 672.

SWCorp turut menyasarkan seramai 10,000 orang tenaga mahir akan memiliki Sijil Kemahiram Malaysia (SKM) menjelang 2030 selari kluster Dasar Pembersihan Negara.

Untuk rekod Dasar Kebersihan Negara telah dilancarkan pada 2019, fokus kepada lima kluster bersama 14 strategi komprehensif, selain menggariskan 87 pelan tindakan.

Lima kluster yang digariskan itu adalah kesedaran terhadap kebersihan, kelestarian alam sekitar, ekonomi kitaran, tadbir urus dan penguatkuasaan, serta modal insan berkualiti dan berkemahiran.


(Pengerusi SW Corp, Datuk Rizalman Mokhtar pada proram Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 

dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bandar Datuk Onn," di sini)

Media Baharu