fb fb fb fb fb

Banjir Baling, bilangan penduduk terjejas di PPS meningkat

BALING, 3 Ogos- Bilangan penduduk terjejas banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat akibat banjir kilat di Baling, Kedah semalam.

Ketua Seketariat Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah, Mejar (Pertahanan Awam) Mohd Muaz Mohd Yusoff menerusi kenyataan berkata seramai 41 penduduk dari 12 keluarga ditempatkan di PPS terbabit setakat pukul 8.00 pagi tadi.

"Di PPS Tengku Habsah Batu 7, jumlah penduduk terjejas meningkat kepada 24 orang daripada lapan keluarga manakala PPS Dewan Abdul Tun Razak kekal 17 orang daripada empat keluarga.

Penduduk yang ditempatkan di PPS terdiri daripada penduduk Kampung Rambong Batu, Kampung Bendang Sera, Kampung Jernang, Kampung Seratus dan Kampung Tanjung Langsat," kata Mohd Muaz dalam kenyataannya.

Pemantauan masih dilakukan oleh pihak berkuasa dan agensi yang terlibat di kawasan terjejas susulan cuaca dilaporkan mendung.

Dalam kejadian semalam, hujan lebat selama satu jam menyebabkan beberapa kawasan penempatan penduduk dilanda banjir kilat berikutan limpahan air Sungai Baling.


(Operasi pemindahan penduduk terjejas banjir giat dijalankan tanpa mengira waktu oleh anggota APM bertugas)

Media Baharu