fb fb fb fb fb

Tujuh cedera ringan, bas ekspres terbabas

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jun - Tujuh penumpang termasuk pemandu cedera ringan selepas bas ekspres terbabas lalu melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohammad Yusri Aziz dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan bas menghala ke Kuala Lumpur itu pada pukul 6.17 pagi.

Beliau berkata seramai empat anggota bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Menjalara digerakkan ke lokasi sejurus panggilan diterima.

"Semua mangsa yang berada di dalam bas berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan selamat," menurut kenyataan itu.

Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

TETITIA YUSOFF