fb fb fb fb fb

Pengamal media ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya tinjau kes Zayn

Pengamal media berada di Mahkamah Majistret Petaling Jaya

PETALING JAYA, 12 Jun- Mahkamah Majistret Petaling Jaya dihadiri pengamal media bagi meninjau perkembangan semasa sejak awal pagi tadi berhubung kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Terdahulu, kedua-dua ibu bapa mangsa ditahan reman tujuh hari sejak 1 Jun lepas dan disambung reman enam hari lagi hingga esok bagi melengkapkan siasatan pihak polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan kedua-dua mereka adalah disebabkan terdapat percanggahan keterangan yang diambil.

Setakat ini, tiga individu membabitkan bekas pengasuh mangsa dan dua orang ahli keluarga pengasuh telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Semalam kehadiran ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf di lokasi mayat kanak-kanak autism itu ditemukan dan kediaman mereka adalah sebahagian daripada proses melengkapkan siasatan kes bunuh tersebut.

Pada 6 Disember tahun lepas, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI