fb fb fb fb fb

Tuduhan Tony Pua: Pemimpin BN diingatkan tidak keluar kenyataan - Ahmad Zahid

(Ahmad Zahid dalam Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan
di Wisma UMNO Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 24 Jun- Semua pemimpin parti Barisan Nasional (BN) diingatkan tidak memberi sebarang reaksi dan tidak melayan kenyataan mana-mana individu bertentangan dengan pendirian komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebarang reaksi hanya akan menampakkan sebuah masalah itu menjadi lebih besar, sedangkan ia tidak menjadi pegangan atau pendirian kepimpinan parti terbabit.

"Pegangan kami, perundingan dijalankan antara BN dan PH, Pakatan Harapan. Itu pegangan kami. Jadi saya berterima kasih kerana Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP) yang keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak 'endorse' (menyokong) pandangan yang berbeza itu sebagai pandangan parti.

"Kami juga berpendirian 'terus maju ke hadapan' dan jangan membaling batu di rumah kaca," katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan di sini.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Ahmad Zahid mengulas perkara itu selepas ditanya berkaitan kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang mendakwa menggelar BN sebagai 'pakatan korup’, ibarat seorang 'gelandangan politik' sedang mencari peluang untuk kekal relevan.

Dakwaan Pua yang juga bekas Ahli Parlimen Damansara itu dikeluarkan beliau dalam satu majlis di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

(Ahmad Zahid)

Media Baharu