(Pesawat Hercules C-130 milik TUDM)
KUALA LUMPUR, 7 Mac- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih lagi mengoperasikan tiga jenis pesawat Angkut bagi mendukung pelbagai tugasan bantuan logistik pertahanan iaitu pesawat CN-235, Hercules C-130 dan Airbus A400M.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata pesawat C-130H akan terus beroperasi sehingga tahun 2040 sebelum penggantian pesawat ini yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada Rancangan Malaysia ke 16, RMKe-16.
"Melalui Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP 55), pesawat C-130H akan terus beroperasi sehingga tahun 2040 sebelum penggantian pesawat ini yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada RMKe-16.
"Kehadiran Pesawat Angkut Strategik A400M yang baharu pada tahun 2015 telah meningkatkan keupayaan dukungan logistik strategik TUDM dengan jarak rangkuman lebih jauh,"katanya.
Adly menjawab pertanyaan ahli parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
(Pesawat Airbus A400M milik TUDM)