(FOTO HIASAN)
KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN akan memastikan Program Jualan Rahmah akan diperluaskan ke seluruh kawasan Parlimen termasuk kawasan pedalaman.
Jelas menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, jualan berkenaan akan diadakan empat kali sebulan mengikut keluasan kawasan Parlimen.
"KPDN melalui pegawai-pegawai kita akan pastikan kalau nak sewa khemah mungkin melibatkan kos, jadi kita gunakan bangunan-bangunan kerajaan, balai raya, serta pejabat penghulu untuk pastikan rakyat boleh datang dan kita boleh buat Jualan Rahmah itu,"katanya.
Tambahnya lagi, sesi libat urus bersama ahli parlimen juga akan diadakan dalam memastikan lokasi yang sesuai untuk diadakan Jualan Rahmah.
Sebelum ini, KPDN memperoleh peruntukan sebanyak RM100 juta bagi menjayakan Program Jualan Rahmah dalam Belanjawan 2023 di kesemua 222 kawasan parlimen.
(FOTO ARKIB)