PUTRAJAYA, 7 Mac- Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022 akan diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Khamis ini 9 Mac bermula pukul 4.00 petang.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff menerusi satu kenyataan memaklumkan, ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan keputusan calon melalui beberapa kaedah.
Kaedah yang pertama, ibu bapa boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke UPKK<jarak>No. MyKid atau Nombor Kad Pengenalan Khas<jarak>Nombor Angka Giliran dan hantar ke nombor talian (15888).
Selain itu, ibu bapa juga boleh melayari laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan Nombor MyKid atau Nombor Kad Pengenalan Khas dan kemudian Nombor Angka Giliran.
(Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff)
Bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkannya daripada pihak sekolah masing-masing bermula Jumaat, 10 Mac bermula pukul 9.30 pagi.
Selain itu, pengumuman keputusan UPKK turut akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.