fb fb fb fb fb

Maybank, CIMB beri moratorium enam bulan untuk penduduk terjejas banjir- PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Beberapa institusi perbankan telah bersetuju untuk melaksanakan moratorium enam bulan melibatkan penduduk terjejas banjir.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bertujuan meringankan beban mereka selepas ditimpa bencana berkenaan.

"Tentang moratorium, supaya dapat melengahkan bayaran disebabkan keadaan yang terdesak, setakat ini Maybank dan CIMB telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan, dan kita telah hubungi bank-bank lain juga untuk turut serta,"katanya.

Perdana Menteri mejelaskannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


(Perdana Menteri ketika menjawab pertanyaan di Parlimen)

Media Baharu