fb fb fb fb fb

Contohi pesawah di Selangor guna teknologi moden

SEKINCHAN, 7 Mac- Pesawah di seluruh negara digalakkan mencontohi pesawah di Selangor dalam menguruskan sawah mereka dengan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan dan internet kebendaan bagi meningkatkan hasil tuaian padi.

Menurut Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, pesawah padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam berjaya mengeluarkan antara enam hingga 10 tan metrik padi sehektar untuk satu musim dengan menggunakan teknologi tersebut.

"Saya meninjau sendiri bagaimana hasil padi dengan teknologi moden begitu tinggi sekali sehingga mencapai enam hingga 10 tan satu hektar.

"Kalau semua tempat di negara ini kita capai enam tan kita sudah mencukupi beras di Malaysia. Kalau kita sudah melebihi enam tan 10 tan sehektar kita boleh eksport beras," kata beliau ketika melawat Jelapang Padi Selangor di Sekinchan.

Tambah Mohamad, usaha-usaha ini akan dipertingkat untuk membimbing pesawah meningkatkan hasil tuaian padi dengan menggunakan teknologi moden.

Menurut beliau kementeriannya juga sedang bergerak ke arah penggunaan baja organik berbanding baja kimia selain menukar racun yang tidak sesuai.


(Datuk Seri Mohamad berkata contohi pesawah di Selangor guna teknologi moden)

Media Baharu