fb fb fb fb fb

160,000kg sisa sampah dikutip SWM di Johor

JOHOR, 7 Mac- Lebih 160,000kg sisa sampah berpunca banjir dikutip SWM Environemnt Sdn Bhd di Johor, setakat ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ia hasil operasi pembersihan di enam daerah, antaranya Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.


(Sisa sampah berpunca daripada banjir dikutip SWM Environment Sdn Bhd)

Pihaknya memulakan operasi itu di hampir 220 buah Pusat Pemindahan Sementara, PPS termasuk di luar kawasan perkhidmatan syarikat konsesi sejak banjir melanda negeri itu.

330 unit tong sampah beroda diaktifkan bagi melancarkan operasi pembersihan.

Operasi dibantu hampir 100 pegawai dan anggota termasuk daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

SWM Environment turut menyarankan supaya setiap pemilik premis melaporkan kehilangan tong sampah beroda (TSB) kepada polis sekiranya tong yang dibekalkan kepada mereka hanyut atau rosak akibat bencana banjir.

"Setiap pemilik premis perlu mengemukakan permohonan penggantian TSB bersama salinan laporan polis berkenaan secara dalam talian di laman sesawang www.swmenvironment.com," katanya.

Pertanyaan lanjut berhubung prosedur penggantian TSB boleh hubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau WhatsApp di talian 012-618 0082.

Media Baharu