fb fb fb fb fb

Tidak perlu isytihar darurat - PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan terjejas banjir.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah segera membina jambatan Bailey di laluan yang terputus.

Manakala jentera persekutuan dan negeri turut bertindak secara proaktif dengan memberikan bantuan secara berkesan kepada penduduk terjejas banjir.

"Di johor, persiapan jentera persekutuan, negeri dan daerah berkesan dan dapat selamatkan banyak nyawa serta beri bantuan kadar segera.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Kita dah luluskan di Terengganu dan Kelantan RM50 juta, kita salurkan bantuan langsung kepada mangsa," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim berhubung situasi pelaksanaan darurat banjir di Johor.

Media Baharu