fb fb fb fb fb

Tubuh pasukan petugas khas, atasi isu gangguan pekerjaan - SAMENTA

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) mencadangkan penubuhan pasukan petugas khas khusus bagi menangani cabaran masa depan pekerjaan.

Pengerusinya, Datuk William Ng berkata pasukan petugas khas itu merangkumi bukan sahaja agensi kerajaan berkaitan malah industri termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Teknologi baharu telah menyebabkan gangguan kepada pasaran kerja secara ketara, termasuk fenomena ketidakpadanan dalam kelayakan dan pekerjaan.

"Situasi itu perlu ditangani segera, seterusnya memastikan isu-isu seperti gaji minimum, undang-undang buruh, keselamatan sosial dan faedah pekerja dapat ditangani dengan lebih baik.

"Penubuhan pasukan petugas bukan sahaja berupaya menyelesaikan isu gangguan pasaran pekerjaan, malah berperanan memastikan ketersediaan tenaga kerja terlatih bagi menyokong pertumbuhan industri serta membantu perniagaan terutamanya PKS menaik taraf tenaga kerja dan keupayaan digital mereka," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu