MELAKA, 1 Mei- Nelayan di Serkam Pantai, Melaka meluahkan rasa bimbang susulan jambatan yang menghubungkan penempatan mereka dengan Jeti Pangkalan Nelayan kawasan itu semakin usang.
Jambatan konkrit berusia hampir 20 tahun itu dikhuatiri boleh mengancam nyawa pengguna.
Ketua Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Serkam Pantai, Md Shah Hashim berkata, lebih memburukkan, jambatan tersebut turut digunakan kenderaan berat beberapa projek pembangunan di kawasan berhampiran.
"Jadi jika sekiranya jentera-jentera berat lalu selalu di situ kami dapati jambatan itu telah pecah, kemungkinan boleh roboh jadi bagi jentera pula nak lalu tempat lain tiada jalan boleh masuk kecuali disitu, jadi untuk kemudahan kemajuan yang dapat kita bangunkan di Serkam Pantai ini mudah-mudahan kita harap kerajaan dapat bantu kami dengan secepat mungkin," katanya.
(Ketua Jawatankuasa Pembangunan Nelayan Serkam Pantai, Md Shah Hashim)
Tambah Md Shah, jambatan itu juga menjadi laluan orang ramai khususnya pengunjung luar Melaka untuk ke Medan Ikan Bakar berhampiran.
Justeru katanya, tindakan segera diharap dapat dilaksana sebelum berlaku perkara tidak diingini.