fb fb fb fb fb

Kerajaan akan nilai semula gaji penjawat awam - PM

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 1 Mei- Kerajaan memberi jaminan akan melakukan penilaian semula berhubung isu gaji penjawat awam terutama di peringkat rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjawat awam agar memberikan sedikit masa bagi menyelesaikan isu tersebut.

Jelasnya atas dasar itu segala peruntukan bagi elaun tambahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan disegerakan sebaik mungkin.

Komitmen diberikan Kerajaan Madani meski mengambil alih negara dalam keadaan kewangan yang amat parah.

"Ini jaminan saya. Kita ambil alih dalam keadaan kewangan yang sangat parah. Hutang negara sebanyak RM1.5 trillion sebahagiannya disebabkan rompakan dan porak peranda sistem ekonomi. Jika mahukan ekonomi berkembang, kita perlu menghapuskan perasuah ini," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Anwar lagi, aspek pemikiran yang lebih luas oleh semua pimpinan tertinggi turut ditekankan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua pekerja.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu