fb fb fb fb fb

Pemandu pelancong jual pakej pelancongan berdepan pembatalan lesen

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sesi libat urus bersama pemain industri di Sabah/BERNAMA

KOTA KINABALU, 26 November - Pemandu pelancong yang didapati menawarkan atau menjual pakej pelancongan akan dikenakan tindakan tegas, termasuk pembatalan lesen.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perbuatan mereka boleh menimbulkan pelbagai masalah termasuk harga pakej pelancongan yang tidak terkawal.

"Pemandu pelancong turut diminta supaya memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelancong yang datang ke negara ini, terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026," kata beliau pada sesi libat urus bersama pemain industri pelancongan Sabah di Kota Kinabalu.

Beliau juga mengingatkan pemandu pelancong supaya tidak membawa pelancong asing ke beberapa destinasi pelancongan sahaja, selain hanya tertumpu ke kawasan atau pusat beli-belah tertentu.

Mengulas mengenai sesi libat urus itu, Datuk Seri Tiong berkata banyak cadangan dan isu telah dibangkitkan oleh pemain industri pelancongan di Sabah.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ