fb fb fb fb fb

Tubuh pasukan khas, teliti isu perkhidmatan Touch n' Go

JOHOR BAHRU, 21 Januari- Satu pasukan khas ditubuhkan serta merta hari ini bagi meneliti aduan sekali gus menyelesaikan isu sistem pembayaran baharu Touch n' Go yang didakwa bermasalah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pasukan khas itu diketuai Ketua Setiausaha Kementerian yang akan melakukan siasatan secara menyeluruh.

Isu tersebut akan diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan.

(Datuk Seri Salahuddin Ayub)

Menurutnya, aduan tertinggi diterima dalam tempoh minggu perayaan Tahun Baharu Cina.

Kebanyakkan aduan melibatkan rebat kad dan kad yang gagal diaktifkan.

Laporan perlu dihantar ke kementerian untuk dikenal pasti punca dan meneliti setiap aduan.

"Ada perkara yang kita minta serta merta diselesaikan, jadi kita akan tengok perkembangnya minggu depan.

"Ia setelah kita minta laporan itu dan laporan itu dapat teliti, kalau tidak pasukan khas ini akan mengambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, di sini hari ini.

Media Baharu