fb fb fb fb fb

Tubuh IKM di Sandakan, perkasa TVET kurangkan pengangguran di Sabah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMA

SANDAKAN, 22 November - Sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) di Sandakan perlu ditubuhkan bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta menangani kadar pengangguran dalam kalangan belia Sabah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan institusi itu penting bagi memenuhi permintaan setempat dan menyediakan peluang latihan kemahiran supaya anak muda Sabah dapat bekerja di negeri sendiri.
          
"Kawasan ini perlukan TVET khusus untuk ditawarkan kepada pelajar-pelajar di sini. Mereka perlukannya kerana terdapat satu daripada lima pengganggur datangnya daripada Sabah.

Ini mesti diselesaikan dan InshaAllah dengan wujudnya kolej ini, ia akan dapat menawarkan pekerjaan dengan gaji premium, lebih daripada gaji minimum yang telah ditetapkan,” kata beliau pada program Sentuhan Kasih Desa @ Sungai Sibuga di Sandakan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ