Tuanku Muhriz berkenan berangkat ke Majlis Kuala Pilah Bermunajat

Penganjuran program bertujuan menyampaikan mesej keamanan serta kasih sayang dalam masyarakat

KUALA PILAH, 30 Julai – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Kuala Pilah Bermunajat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baginda disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan di Masjid Jamek Yamtuan Raden.
  • Program bertujuan menyampaikan mesej keamanan serta kasih sayang dalam masyarakat.
  • Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat.
  • Selepas Isyak, Tuanku Muhriz bersantap bersama rakyat, majlis dihadiri Timbalan Menteri Marhamah Rosli, 500 jemaah dan 40 pelajar tahfiz.

Keberangkatan tiba baginda di Masjid Jamek Yamtuan Raden, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Penganjuran program ini jelas Dr Zulkifli bertujuan menyampaikan mesej keamanan serta kasih sayang dalam masyarakat.

“Malam ini kita bermunajat dan esok kita berselawat ke atas junjungan baginda Nabi SAW,”katanya.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin, tahlil serta doa selamat dan program akan diteruskan dengan Majlis Kuala Pilah Berselawat serta Munajat Perdana Negeri Sembilan esok di Dataran Melang.

Selepas solat Isyak, Tuanku Muhriz berkenan bersantap bersama-sama rakyat di perkarangan masjid.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli turut serta pada majlis yang dihadiri 500 jemaah serta 40 pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.