RCI TH : Sistem pentadbiran diperkukuh dengan lebih telus dan berintegriti

Pendekatan positif sedia diambil sebagai pemangkin untuk TH terus mencipta kecemerlangan

KUALA PILAH, 30 Julai – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited memperkukuh sistem pentadbiran yang lebih telus dan berintegriti, susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan RCI mengenai TH bagi 2014–2020 disusun semula dan didedahkan kepada umum selepas persetujuan Jemaah Menteri.
  • Laporan menggariskan 25 syor penambahbaikan; pengurusan tertinggi TH telah melaksanakan 75 peratus daripadanya.
  • Pihak berkaitan sedia mengambil pendekatan positif untuk memacu kecemerlangan, inovasi perkhidmatan dan nilai pulangan optimum kepada pendeposit.

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan berkata pendekatan positif sedia diambil pihaknya sebagai pemangkin untuk TH terus mencipta kecemerlangan, memacu inovasi perkhidmatan serta memberi nilai pulangan yang optimum kepada para pendeposit.

“Peringkat kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum dan sedia bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dan memastikan pengurusan pentadbiran yang lebih baik dan berintegriti,”katanya selepas Majlis Kuala Pilah Bermunajat.

Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 dibuat pengelasan semula dan didedahkan kepada umum, semalam.

Laporan itu menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan, dengan pengurusan tertinggi TH berjaya melaksanakan 75 peratus daripadanya.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.