fb fb fb fb fb

Transformasi Institusi dan agensi agama jayakan visi Malaysia Madani

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Transformasi institusi dan agensi agama bergerak ke arah menjayakan visi membangun Malaysia Madani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, dalam tempoh setahun ini, pelbagai inisiatif dilaksana berdasarkan kerangka pelan Al-Falah untuk merealisasikan gagasan tersebut.

"Salah satu daripada teras tersebut ialah kesejahteraan insan. jadi kita fokus banyak gerak kerja dalam konteks bagaimana membantu dan mengangkat martabat golongan asnaf Karamatul Insan dan interaksi yang perlu dibina antara warga agensi dan golongan ini", katanya yang ditemui di sini selepas menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia (SPM) hari ini.

Dalam pada masa, Na'im turut menggesa agensi agama bagi memainkan peranan masing-masing dalam mendepani dunia media sosial yang semakin mencabar.

"Agensi agama perlu ke hadapan dan harus mengajak masyarakat supaya menggunakan media sosial ke arah kebaikan dan kesatuan", kata Na'im lagi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD