fb fb fb fb fb

Rompak pemandu e-hailling, remaja didakwa di mahkamah

FOTO RTM

SUNGAI PETANI, 3 Disember - Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lepas di dakwa di mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini.

Tertuduh yang merupakan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah didakwa dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari 2024 untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh.

Manakala tertuduh diwakili peguam Durratul Ain Mahmud Morshidi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, YBGK.

Dalam kejadian sekitar pukul 6 petang, 27 November lalu, remaja yang menaiki perkhidmatan e-hailing dikatakan cuba mengacu pisau di dada kiri pemandu berusia 65 tahun itu selepas tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Perbuatan remaja berkenaan berjaya dirakam kamera papan pemuka yang dipasang di dalam kenderaan terbabit dan tular di media sosial.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD