KUALA LUMPUR, 25 Oktober -Transformasi digital akan menjadi agenda utama dalam kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara kejayaan terbesar sektor berkenaan tahun ini adalah kemajuan ketara dalam rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
"Ekonomi digital ASEAN diunjurkan melebihi AS$2 trilion menjelang 2030 dan kami berazam untuk mempercepatkan kemajuan ini.Salah satu pencapaian utama tahun ini ialah kemajuan besar yang dicapai dalam rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA)," katanya ketika berucap pada ASEAN Business And Investment Summit 2025 Officiation Ceremony di MITEC, di ibu negara.
Menurut beliau, pelaksanaan DEFA kelak dijangka menjadi penanda aras penting dalam usaha menjadikan ASEAN sebagai pasaran digital tanpa sempadan, sekali gus memperkukuh daya saing rantau ini di peringkat global.