fb fb fb fb fb

Transformasi berfasa, pastikan radio RTM terus relevan

 



KUALA LUMPUR, 13 Februari- Sentuhan perubahan atau transformasi perlu dilaksanakan secara berfasa untuk memastikan industri penyiaran radio khususnya di RTM terus relevan.

Jelas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud, transformasi seperti penampilan penyampai, cara penyampaian dan isi kandungan perlu sentiasa diadaptasi mengikut perubahan semasa.

"Pelan transfomrasi radio dilaksanakan secara berfasa bergantung pada penelitian dari semasa ke semasa. Kita perlu mendapat input daripada pihak luar, pemegang taruh kita, daripada pendengar dan penonton,"kata Che Roslan.

Tambah beliau, pemain industri perlu sentiasa peka dengan citarasa pendengar dan menambah baik program tonggak sedia ada selain meneroka program-program baharu mengikut keadaan semasa.

Media Baharu