fb fb fb fb fb

Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Radio Klasik

FOTO ROYAL SELANGOR OFFICE



KUALA LUMPUR, 13 Februari- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Radio Sedunia 2022 yang disambut pada hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook Royal Selangor Office, baginda turut memuji langkah Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengekalkan saluran Radio Klasik kepada penggemar lagu-lagu Melayu klasik dan tradisional.

Selain itu, lagu-lagu yang dimainkan Radio Klasik mengimbau kenangan silam dan mengingatkan baginda kepada sejarah-sejarah penting yang pernah dilalui.

Baginda juga berkenan memberi pujian dan penghargaan kepada pengurusan Radio Klasik dan berharap Radio Klasik turut berperanan sebagai platform hiburan dan menyampaikan informasi yang tepat kepada pendengar setia.

Media Baharu