fb fb fb fb fb

Transfomasi perkhidmatan awam, mencakupi kecekapan perancangan pembangunan

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Transfomasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutamanya mencari pendekatan baharu berkaitan isu kelewatan pelaksanaan projek.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sehubungan itu, perlunya ada penerokaan kaedah pelaksanaan projek yang baharu berbanding kaedah konvensional selari dengan isu-isu, perubahan teknologi dan matlamat negara.

"Selain itu, satu inventori khusus perlu dibangunkan bagi mengenal pasti bangunan kosong di seluruh negara untuk membolehkan kerajaan mengoptimumkan penggunaan bangunan sedia ada dan mengurangkan pembinaan kompleks baharu pejabat Kerajaan", katanya menerusi hantaran di facebook.

Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 7 Tahun 2024.

Katanya, mesyuarat itu telah meneliti kertas pembentangan melibatkan penambahbaikan tatacara penilaian dan pelaksanaan perbelanjaan pembangunan (DE) bagi mendapatkan nilai terbaik kepada Kerajaan.

ROSLINA BINTI DIN