fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Operasi cari dua mangsa diteruskan

(FOTO RTM)

KEMAMAN, 6 Julai-Misi pencarian dua lagi mangsa kepala air di Jeram Air Putih diteruskan dengan operasi berskala besar.

Misi mencari Putri Nur Fatin Karim 14 tahun dan Muhammad Fikri Saliman 24 tahun dimulakan pada pukul 9.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Zon 2, JBPM Terengganu, Penguasa Kanan II, Azman Alias operasi pencarian kini dipecahkan kepada 15 kumpulan dan dipecahkan kepada tiga sektor.

"Operasi hari ini diteruskan dengan bantuan seramai 280 anggota penyelamat pelbagai agensi termasuk PDRM, PGA dan APM serta orang awam.

"Operasi hari ini berskala besar dengan kita memecahkan anggota kepada 15 kumpulan", katanya.

Tambah Azman, operasi pencarian tertumpu kepada sektor yang belum dijejaki oleh pasukan penyelamat.

"kita pecah kepada kumpulan 15 kumpulan buat operasi dan kita akan tumpukan di sektor yang kita belum jejaki", katanya kepada pemberita di sini.

Azman turut berkata keadaan cuaca yang tidak menentu turut menjadi cabaran buat anggota penyelamat dalam usaha pencarian mangsa.

Setakat ini lapan mangsa telah ditemui dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu.


(Ketua Zon 2, JBPM Terengganu, Penguasa Kanan II, Azman Alias)

Media Baharu