fb fb fb fb fb

Tragedi kepala air: Jenazah kesembilan Muhammad Fikri selamat disemadikan

BATU PAHAT, 8 Julai - Jenazah Muhammad Fikri Saliman, 24 tahun, mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda Laut, Semerah, di sini, 7 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah Muhammad Fikri dibawa menaiki van jenazah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan tiba di Masjid Sri Pengkalan, Kampung Parit Kuda, Batu Pahat kira-kira 6 pagi tadi untuk disembahyangkan.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan yang turut dihadiri keluarga terdekat, penduduk kampung dan kenalan Allahyarham.


Mayat Muhammad Fikri yang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman ditemukan terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pukul 9.20 pagi semalam selepas hampir seminggu dihanyutkan arus deras kepala air.

Pada Sabtu (1 Julai) lalu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan Muhammad Fikri, bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air akibat hujan lebat.

Pada hari keenam operasi mencari dan menyelamat, sembilan mangsa telah ditemukan termasuk Muhammad Fikri.

Lapan mangsa lain yang ditemukan sejak Ahad iaitu Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree Karim,6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Sementara itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman,18, dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah,16, ditemukan pada Selasa.

Manakala, seorang lagi masih belum ditemukan ialah Putri Nur Fatin Karim, 14.

BERITA BERKAITAN:
Tragedi kepala air: Mayat kesembilan disahkan Muhammad Fikri
Tragedi kepala air, dua mangsa lemas layak terima pampasan
Tragedi kepala air: Abang laung azan, ikhtiar cari adik
Tragedi kepala air: Operasi SAR bersambung esok
Tragedi kepala air: Jenazah kelapan selamat dikebumikan
Dua maut, lapan masih hilang tragedi kepala air di Kemaman

Media Baharu