fb fb fb fb fb

Cerun runtuh di Taman Lipis Fasa 2

(FOTO FB BALAI BOMBA KUALA LIPIS)

LIPIS, 8 Julai- Hujan lebat petang semalam mengakibatkan berlaku insiden runtuhan cerun berhampiran Taman Lipis Fasa 2, dekat Kuala Lipis. 

Kesan runtuhan cerun itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja tanah di bahagian atas bukit bersebelahan taman perumahan itu. 

Pusat gerakan operasi (PGO) Bomba Pahang menerima laporan mengenai kejadian terbabit jam 6.30 petang semalam.

Sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan. 

Komander operasi memaklumkan kesan runtuhan cerun itu berisiko dan boleh membahayakan penduduk taman perumahan berkenaan. 


(Pasukan Bomba Kuala Lipis akan terus membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan
keadaan selamat dari kesan runtuhan)

Difahamkan terdapat jentera berat jenis Excavator di bahagian bukit berdekatan taman terbabit. 

Jentera itu dipercayai digunakan bagi kerja pembaikan lereng bukit itu. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, seorang warga emas dan cucunya yang menetap di taman itu sudah diminta mengosongkan kediaman mereka. 

"Keadaan rumah yang begitu hampir dengan lereng bukit dibimbangi lebih teruk sekiranya berlaku hujan lebat menjelang malam ini. Oleh itu penghuni diarahkan berpindah ke tempat selamat,'' katanya.

Kedua-dua mereka kini menetap sementara di rumah ahli keluarga yang berhampiran.

Pasukan Bomba Kuala Lipis akan terus membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat dari kesan runtuhan .

Penduduk di sekitar cerun dingatkan sentiasa berhati-hati dengan situasi semasa terutamanya ketika hujan .

Media Baharu