fb fb fb fb fb

Tragedi Jeram Air Putih : Mayat kelapan ditemukan

KEMAMAN, 4 Julai- Mayat kelapan mangsa tragedi di Jeram Air Putih, ditemukan kira-kira pukul 3.00 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan mengesahkan mayat Putri Alleya Maisarah Karim, 16 tahun, dijumpai pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian, di sektor A.

"Untuk makluman terkini kita telah menemukan satu lagi jenazah pada pukul 3.00 petang daripada maklumat yang kita terima. Pemeriksaan dan hasil siasatan mengesahkan ia merupakan jenazah seorang wanita.

"Kita bawa balik ke Balai Polis Air Putih dan disahkan ia jenazah Putri Alleya Maisarah Karim, 16 tahun. Jadi setakat ini kita masih lagi mencari lagi dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan wanita yang masih hilang," katanya kepada pemberita di sini.

Pengecaman mayat dilakukan oleh waris mangsa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang, masing-masing Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Operasi SAR ditangguhkan pada pukul 6.30 petang dan disambung semula pada pukul 8.00 pagi esok.

Sementara itu, jenazah tujuh sekeluarga selesai dimandi dan dikafankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad dan diuruskan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Tujuh van jenazah berkenaan bergerak pada pukul 6.25 petang tadi diiringi polis pengiring bagi melancarkan perjalanan.

(Hanyan Ramlan)

 

Berita berkaitan:
Tragedi kepala air Jeram Mawar: Laporan awal bakal siap dalam masa terdekat
Dua maut, lapan masih hilang tragedi kepala air di Kemaman

 

Media Baharu