fb fb fb fb fb

Perkasa peranan sektor swasta, manfaat produk sawit

NAIROBI, 4 Julai -Malaysia komited menyediakan produk minyak sawit dengan harga yang berpatutan kepada pengguna di Afrika.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, ia selari peranan penting Kenya sebagai destinasi kelima terbesar bagi pasaran eksport minyak sawit negara.

Menerusi ucaptama di Malaysia Palm Oil Forum-East African Region 2023 (MPOF 2023) di Nairobi Kenya, Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menggalakkan peranan sektor swasta kedua-dua negara untuk memanfaatkan pelbagai peluang perniagaan bagi produk hiliran sawit.

"Saya percaya terdapat peluang besar bagi sektor swasta bagi kedua-dua negara untuk meneliti semula kaedah perniagaan serta kerjasama menerokai laluan bagi mengembangkan perniagaan minyak sawit.

"Forum ini sebagai langkah bagi menerokai bidang baharu kerjasama dan memantapkan perdagangan bilteral antara Malaysia dan Kenya" katanya di sini.

Sementara itu Kementerian Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi Perladangan dan Komoditi menyatakan komitmen tinggi untuk melaksanakan Program Biodiesel B20.

Biarpun berdepan cabaran, ia diyakini dapat direalisasikan secara berfasa selaras misi pelepasan karbon sifar bersih 2050.

"Sudah tentu ia menjadi cabaran kepada pemain industri bagi bertukar sehinggalah kita menstrukturkan subsidi minyak negara.

"Sebagai contoh, Indonesia, mereka terpaksa imort, jadi kos minyak menjadi mahal.

"Dunia kini sedang berkata tentang alam sekitar. Jadi biodiesel sebenarnya ke arah karbon ekonomi bagi mengurangkan pelepasan gas", katanya.


(Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof)

Media Baharu