LABUAN, 4 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan berjaya menyelesaikan 86 daripada 111 kes jenayah pada tahun 2022.
Ia melibatkan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.
Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Ahmad Jawila berkata, "sepanjang tiga tahun sejak 2020, statistik jenayah indeks di wilayah ini mencatatkan penurunan."
Menurut Ahmad Jawila, jumlah kes jenayah direkodkan pada tahun 2020 ialah 185 kes, tahun 2021, (141) manakala tahun 2022, (111).
"Kejayaan penurunan statistik itu adalah kerjasama pelbagai pihak, khususnya agensi-agensi kerajaaan, komuniti dan juga pemimpin masyarakat di pulau ini," katanya ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail di Wisma Perbadanan Labuan.
Penghargaan turut diberikan kepada ketua-ketua jabatan atas komitmen dan kerjasama ketika Rithuan berkhidmat di IPD Labuan.
Dalam perkembangan lain, Superintenden Ahmad akan berpindah tugas dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) di IPK Sabah.
Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Ibrahim Mohd Ghani turut dinaikkan pangkat kepada Superintenden dan akan berpindah tugas baharu di ESSCOM.
Manakala Ketua Cawangan Khas (KCK) Labuan, DSP Sony Ewai Anak Joeng turut berpindah tugas ke IPK Sarawak.
(Ahmad Jawila)